Mencapai impian bukan satu tugas yang mudah. Namun ia tidak mustahil.
Baru-baru ini, saya diizinkan Allah untuk bertemu dengan individu hebat untuk berbual mengenai kisah kejayaan dan impiannya. Dari sudut perniagaan, beliau sudah berjaya membina empayar bernilai jutaan ringgit.
Ia adalah satu impian untuk berbual-bual dengan individu yang telah mengubah kehidupan orang ramai di Malaysia. Baik dari sudut spiritual, pembangunan diri dan juga perniagaan.
Antara tingkah laku yang saya perasan apabila berbual-bual dengan beliau adalah, beliau sentiasa mahu maju ke hadapan. Kejayaan demi kejayaan yang dicapai bukan satu signal untuk berhenti.
Usahawan Berjaya – Hanya Cerita Bahagia
Ia adalah signal yang memberikan penekanan supaya terus mencipta kejayaan yang lebih besar dan luar biasa.
Namun, kejayaan tidak diselaputi dengan keindahan sepanjang masa. Peritnya untuk menjadi orang berjaya jarang diceritakan. Satu daripada buku yang pernah saya baca, iaitu Memulakan Bisnes Sendiri oleh Puan Ainon Mohd adalah satu daripada buku yang memberikan maklumat dari perspektif cerita ‘susah’ sebagai seorang usahawan.
Buku ini menakutkan sekiranya ia dibaca oleh golongan yang ingin menjadi usahawan. Ia menerangkan derita disebalik perniagaan.
Dalam kes individu yang saya ketemu ini, beliau menghadapi satu situasi yang sama.
Semakin Berjaya, Semakin Ramai Dengki
Ia bukan melibatkan budaya masyarakat yang sudah terbiasa dengan PHD (perangai hasad dengki). Ini adalah satu realiti pahit yang perlu ditelan para usahawan yang sentiasa ingin mahu ke hadapan.
Akan wujud cabaran demi cabaran baru yang akan menduga kita. Cabaran ini fungsinya bukan untuk memberikan signal kepada minda supaya mengangkat bendera putih.
Cabaran ini mendidik kita supaya kental jiwa untuk mencipta satu lagi kejayaan besar dalam sejarah hidup peribadi. Seperti petikan dalam mana-mana buku atau individu yang mempunyai bisnes gergasi,
“Cabaran, dugaan dan kegagalan mengajar kita erti menghargai impian. Ia juga menjelaskan betapa teguhnya kita berpegang pada impian yang mahu dicapai. Mengaku kalah, tandanya melepaskan impian.”
Bagaimana Mengatasi Keraguan Diri
Seperti biasa, dalam setiap entri blog ini, akan saya cuba selitkan nasihat terbaik. Ini adalah nasihat beliau yang memberikan jentikan emosi kepada diri saya, untuk turut maju dalam kehidupan dan perniagaan,
“Butakan mata, pekakkan telinga. Selagi mana hidup kita berpaksikan untuk menambah nilai dalam hidup orang ramai, tidak perlu risau dengan segala cabaran yang datang.”
Menambah nilai hidup bermaksud menjadi golongan individu yang bermanfaat. Hari ini, saya muhasabah diri. Adakah setiap saat saya bernafas di muka bumi milik Allah ini memberikan manfaat kepada golongan manusia yang lain?
Mungkin ya, mungkin tidak. Jawapan tidak kerana ada satu ketika, saya risau apa yang saya buat ini mungkin gagal. Saya risau dikritik dan dicemuh oleh orang sekeliling.
Namun, untuk menghala semula ke landasan kekayaan dan kejayaan, berbalik semula kepada kenyataan beliau.
“Jadikan hidup kita bermanfaat dan jangan sesekali puas menambah nilai dalam hidup orang lain.”
Belajar Cara Jadi Kaya Luar Biasa
E-book ini ditujukan kepada tuan puan yang ingin mengubah kehidupan dalam tiga aspek penting iaitu:
- Lebih kaya.
- Lebih berjaya.
- Lebih diberkati.
Ia adalah himpunan pengalaman saya mengenali mentor kejayaan nombor satu Malaysia. Jadi antara orang yang terawal memiliki e-book 17 Resepi Kaya & Berjaya ini sebelum harga dinaikkan serta merta.
Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut
Semoga nukilan ini bermanfaat dan diraikan ilmunya oleh tuan puan.